********

Saturday, July 30, 2011

Why Leaves Change Colour







Changes to the colour of leaves are most obvious in countries which have clear seasons – summer, winter, spring and autumn.

Inside a leaf, there are millions of tiny packages of colour – yellow, orange and green. These colours have special names. The yellow is called xanthophylls, the orange is carotene and the green is chlorophyll. The green colour is stronger than the others, so leaves stay green while chlorophyll works under the summer sunlight.

Water enters the leaf through tiny tubes in the leaf’s stem and near the end of summer, a thin layer of cork grows over these tubes and seals them up. Now, no more water can get into the leaf. Without water, the green chlorophyll fades and disappears. Then, the yellow xanthophylls and orange carotene can be seen. This is why many leaves turn yellow or orange in autumn.

Some autumn leaves look purple or red. All autumn long, the leaves make sugar for the plant’s food. The sugar is carried from the leaf to other parts of the plant in a liquid called sap. But sometimes sugar gets trapped inside the leaves when the tubes are sealed up. Then, the sugar turns the sap into purple or red.



Monday, July 25, 2011

Tegakkan Bendera Kita

                                                         

            Hormatilah bendera kita
          Ia lambang negara
          Bersatu padu kita dibawahnya
          Hidup berkeluarga
          Putih merah biru kuning
          Warna bendera kita
          Berkibar-kibar megah
          Di angkasa
          Kemegahan semua


                                                                           
                                            http://www.youtube.com/watch?v=QZj2FlCobGQ

Monday, July 18, 2011

Niat Puasa Ramadhan


IBADAH PUASA DIBULAN RAMADHAN

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa"

Al Baqarah 183.

Setiap ibadah yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kita seperti puasa, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi, selain merupakan jalan untuk kita mendekatkan diri kita kepadaNya dan tunduk kepada perintahNya serta menyahut seruanNya, ibadah juga memiliki nilai-nilai sampingan yang amat penting kembali kepada diri kita sendiri mahupun kepada masyarakat. Ia akan memberi kesan yang positif dan tarbiyah yang baik untuk individu mahupun masyarakat keseluruhannya. 



Niat Puasa Ramadhan
1-   Lafaz niat untuk sebulan puasa
niat sebulan puasa bulan ramadhan

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

2-   Lafaz niat untuk puasa harian
niat harian puasa bulan ramadhan
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa


doa berbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Monday, December 6, 2010

DOA MAAL HIJRAH - DOA TAHUN BARU


DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN




Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.


Monday, November 29, 2010

Hazelnut


Abu (nama samaran) bagitahu tunang dia Siti (juga nama samaran) teringin nak

jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Abu kepada neneknya.

Sambil duduk menunggu diberanda rumah, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai habis semangkuk.

Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam  sambil berkata, "Maaflah nek,

habis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala2 macho budak-budak  salesman 
pakai tie jual rumah , lalu nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek
coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde, dah patah, jadi nenek hisap je la coklatnya. Kacangnya nenek
tinggalkan kat mangkuk tu nak dibuang membazir."
Abu tersenyum lalu minta segelas air kosong.

klik sini : http://daftarj.spr.gov.my/
daftarj/

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.



Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah.




"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."


"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang."

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil."

"Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh."

"Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku."

"Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU."

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."





WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

            “Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
            Dia beramal yang baik dan janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa Juga pun”.